Friday 22 April 2022

Berita Harian : Kegembiraan berganda buat Nur Dhabitah di Ipoh

 Kegembiraan berganda buat Nur Dhabitah di Ipoh (msn.com)



KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri memenangi dua acara pada hari pertama Kejohanan Jemputan Kumpulan Umur Malaysia di Ipoh, hari ini.

Pertandingan yang diadakan di Pusat Akuatik Tuanku Zara itu menyaksikan Nur Dhabitah meraih 261.05 mata dalam acara pertamanya iaitu 1 meter papan anjal wanita sekali gus mengetepikan cabaran dua lagi penerjun kebangsaan, Ong Ker Ying dan Kimberly Bong.

Ker Ying muncul naib juara dengan 233.15 mata manakala Kimberly mengutip 189.50 untuk tempat ketiga.

Gadis kecil molek itu meneruskan penguasaannya pada acara kedua, kali ini bergandingan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam 10 meter platform seirama wanita.

Pasangan itu mengumpul 308.76 mata, manakala lawan tunggal mereka Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin-Nur Eilisha Rania Abrial Rajagopal terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 233.19 mata.

Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Ooi Tze Liang muncul johan 1 meter papan anjal lelaki selepas mengumpul 351.80 mata, manakala rakan sepasukannya Nurqayyum Nazmi meraih 277.85 mata untuk mengungguli tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik Julfaddli Ali dari Sabah dengan 256.75 mata.

Kejohanan Jemputan Kumpulan Umur Malaysia dijadual berakhir esok.

- BERNAMA


No comments:

Post a Comment

1st KL Klasik Invitational Friendly Swim Meet 2024

  Greetings from Kuala Lumpur Aquatics! Kuala Lumpur Aquatics (KLA) is pleased to extend invitation to all swimmers of affiliated clubs of...