Renang Terbuka Malaysia: Hoe Yean cetus peluang lebih besar tempah tiket
Shaiful Shamsudin
Jun 11, 2021 20:50 MYT
Renang Terbuka Malaysia: Hoe Yean cetus peluang lebih besar tempah tiket
Lebih manis, dia menewaskan pemegang rekod kebangsaan, Welson Sim, yang mewakili Sarawak terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Tempat ketiga pula milik Sebastian Soon dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kejayaan itu juga bermakna bekas pemenang lapan emas Kejohanan Renang Remaja Peringkat Umur Kebangsaan pada tahun lalu tersebut memperbaharui catatan peribadi terbaiknya dengan kelebihan 1 saat.
Apa yang menarik, Hoe Yan dan Welson masing-masing melepasi had kelayakan kategori 'B' Sukan Olimpik lalu secara tidak langsung menimbulkan persoalan, siapa yang akan mengisi slot ke Tokyo bulan depan?
"Ia satu perlumbaan yang hebat. Saya sendiri memberikan 7 daripada 10 markah, ada sedikit peningkatan.
"Sudah tentu saya berhasrat ke Sukan Olimpik. Saya berpeluang dan tidak bimbang dengan persaingan kuota memandangkan jurang kemenangan saya kali ini ialah enam saat.
"Sejujurnya ia jurang yang agak besar, iaitu ketinggalan kira-kira enam meter," kata Hoe Yan.
#Renang#Sukan Olimpik Tokyo#Khiew Hoe Yean
https://www.stadiumastro.com/sukan-lain/renang-terbuka-malaysia-hoe-yean-cetus-peluang-lebih-besar-tempah-tiket-195945?fbclid=IwAR3CpinLzdtWDfyjv6psqGWgJrMGvSDXNn0WgqiwC1Q7qVqPliuCVAUHuKo
No comments:
Post a Comment