Oleh Jumiati Rosly
SHAH ALAM: Selepas empat tahun, kontinjen negara akhirnya berjaya mengakhiri kemarau apabila muncul juara keseluruhan pada edisi ke-10 Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) yang menutup tirainya, hari ini.
Kontinjen yang diketuai Zainal Abas muncul juara keseluruhan apabila mengumpul 37 pingat emas, 34 perak dan 32 gangsa sekali gus meninggalkan Indonesia di tempat kedua dengan 31 emas, 36 perak dan 30 gangsa.
Juara edisi lalu, Thailand pula di tempat ketiga dengan 19 emas, 21 perak dan 31 gangsa.
Kali terakhir Malaysia muncul juara keseluruhan pada 2014 ketika kejohanan itu berlangsung di Marikina, Filipina dan sebelum itu Malaysia muncul juara pada 2010 ketika menjadi tuan rumah.
Terdahulu di Pusat Akuatik Darul Ehsan, skuad renang negara menambah satu emas, satu perak dan satu gangsa.
Perenang lelaki, Sebastian Soon menghadiahkan emas terakhir negara dalam acara 1,500 meter gaya bebas apabila merekodkan 16 minit 9.87 saat (s) diikuti perenang Indonesia, Joe Aditya Wijaya Kurniawan yang meraih perak dengan catatan 16:16.88s.
Gangsa pula diperoleh perenang Singapura, Luke Tan (16:21.63s).
"Pada tahun lalu, saya hanya memenangi dua gangsa dan kali ini saya berjaya memperbaiki pencapaian itu apabila memenangi tiga emas (200m rampaian individu, 400m rampaian individu dan 1,500m gaya bebas).
"Sudah tentu saya gembira dan bangga dapat mewakili negara pada penampilan terakhir saya di ASG," kata penuntut tingkatan lima Sekolah Menengan Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua, Kajang itu.
Sebastian berkata, kejayaannya itu juga memberi semangat kepadanya yang akan tampil buat kali pertama mewakili Kuala Lumpur di Sukan Malaysia (SUKMA) di Ipoh, September ini.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/07/453876/malaysia-juara-keseluruhan-asg-2018
Kuala Lumpur Aquatics (formerly known as Kuala Lumpur Amateur Swimming Association), is an affiliate of Malaysia Aquatics
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1st KL Klasik Invitational Friendly Swim Meet 2024
Greetings from Kuala Lumpur Aquatics! Kuala Lumpur Aquatics (KLA) is pleased to extend invitation to all swimmers of affiliated clubs of...
-
Congratulations to KL swimmers who have made it to the KL Swim Team 2024! Please return your undertaking letter by 18 March 2024 to KL Aqua...
-
Greetings from Kuala Lumpur Aquatics! Kuala Lumpur Aquatics (KLA) is pleased to extend invitation to all swimmers of affiliated clubs of...
-
Join us in to witness all the excitement and splashing records which may be broken in the MILO / PRAKL Age Group Swimming Championships 202...
No comments:
Post a Comment